Sopping sampai x hengatt

Ahad, 23 September 2012

Cara untuk Tut Pokok ( Air Layering or Marcotting )







Pokok bunga jenis berkayu seperti kenanga dan cempaka serta pokok buah-buahan seperti limau, dokong dan jambu boleh dibiakkan dengan kaedah tut pada dahan matang pokok tersebut.






Di sini ditunjukkan cara-cara untuk Tut pokok bunga kenanga ( Canangium odorata atau Ylang-ylang ).







Sediakan satu gumpalan tanah kebun yang dilembabkan dengan air, satu keping plastik untuk membungkus dan dua utas tali rafia untuk mengikat.







Pilih dahan yang telah matang yang sesuai untuk ditut.







Buat dua gelangan pada dahan tersebut menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Pastikan anda tidak membuat gelangan pada bahagian dahan yang mempunyai tunas. Buang kulit dahan di antara gelangan tadi. Kikis perlahan-lahan permukaan kayu di antara gelangan tadi untuk membuang sisa-sisa kulit dahan. Biarkan beberapa minit untuk mengeringkan permukaan kayu tadi.







Letakkan gumpalan tanah yang lembab pada dahan yang telah dibuang kulit luarnya dan bungkus tanah tadi mengelilinginya. Saiz gumpalan tanah bergantung kepada saiz dahan pokok. Balut plastik pembungkus pada dahan pokok dan ikat bahagian atas dan bawah gumpalan tanah tadi dengan tali rafia.







Gambar menunjukkan dahan pokok bunga kenanga yang sudah siap ditut.







Akar akan tumbuh dalam gumpalan tanah dalam masa 2-3 minggu atau 1-3 bulan bergantung kepada jenis pokok dan saiz pokok. Akar boleh dilihat atau dirasa dengan jari pada bungkusan plastik. Pastikan akar sudah banyak dan matang ( warna keperangan ) sebelum anda memotong anak pokok dari dahan pokok induk.






Anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg dan letakkan ditempat teduh selama dua minggu. Buang daun-daun yang matang dan tua untuk membantu pokok memulakan pertumbuhan dengan akar yang baru. Pertumbuhan anak pokok yang baik boleh dilihat dengan penghasilan pucuk-pucuk yang baru. Selamat Mencuba. :)

Cantuman Pucuk


Cantuman pucuk sesuai dilakukan untuk mencantumkan pucuk-pucuk dari spesies-spesies tumbuhan yang berbeza tetapi dari genus yang sama. Contohnya , kita boleh mencantumkan pucuk dari beberapa spesies bunga raya yang berbeza pada satu pokok bunga raya. Ini sesuai jika anda tidak mempunyai halaman rumah yang luas tetapi ingin melihat berbagai jenis bunga raya. Tentunya menarik jika terdapat bunga-bunga yang berbagai warna pada satu pokok.

Langkah pertama, dapatkan potongan bahagian pucuk pokok yang hendak dicantumkan. Masukkan hujung pucuk tadi ke dalam segelas air untuk mengelakkan pucuk layu sebelum langkah seterusnya.


Pilih pucuk yang sesuai untuk dicantumkan pada pokok penanti. Potong pucuk pada pokok penanti yang mempunyai diameter/ ukuran yang sama dengan pucuk yang akan dicantumkan.


Belah ranting pucuk tadi sepanjang 2 cm seperti ditunjukkan dalam gambar.

Buang daun-daun pada pucuk yang hendak dicantumkan, tinggalkan 2 atau 3 daun pucuk yang paling kecil sahaja. Hiris bahagian hujung pangkal pucuk ini membentuk seperti baji.


Masukkan hujung yang berbentuk baji ini di antara celah ranting pucuk yang dibelah tadi.


Ikatkan cantuman pucuk ini dengan kepingan plastik ( gunting mana-mana plastik gula atau apa-apa kepingan plastik, jimat kos :) )


Akhir sekali ambil satu plastik , sungkupkan pucuk yang telah dicantumkan tadi dan ikat di bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak dari cantuman pokok dan menyebabkannya kering dan mati.


Jika cantuman ini berjaya , anda akan dapat melihat titisan-titisan air yang dibebaskan oleh pucuk yang baru dicantum, di bahagian dalam plastik. Selepas seminggu buang sungkupan plastik luar dan buang ikatan plastik pada cantuman.

Cantuman pucuk ini juga sesuai dilakukan pada pokok bunga kertas. Selamat mencuba. :)

Sabtu, 22 September 2012

POKOK STEVIA PENGGANTI GULA (STEVIA AS SUGAR SUBSTITUTE)







STEVIA SUGAR SUBSTITUTE/DAUN GULA/SWEET LEAVES
NATURAL SWEETENER , GULA SEMULA JADI DAN ASLI
BENDA TERMANIS DIDUNUA
SWEETEST THING ON EARTH

Terdapat 240 spesis (More than 240 species) dan antaranya seperti berikut:

Stevia eupatoria
Stevia ovata
Stevia plummerae
Stevia rebaudiana
Stevia salicifolia
Stevia serrata


Famili: Asteraceaa (Sun Flower Famili /famili bunga matahari).

Nama Inggeris(English name): sweetleaf, sugarleaf, atau stevia.

Negara asal (country of origin): Paraguay

Sudahkah anda rasa manisan stevia , manisan yang tidak mempunyai kalori ini, kalori sangat dinakuti oleh semua orang moden di masa sekarang , lebih lebih lagi kaum wanita dan orang yang mempunyai masalah berat badan(English: Have any of you have tried stevia before, a remarkable noncaloric plant. Calorie is a concern now days especially among ladies and those with weight problem)

Pokok ini menjadi kontraversi dikalangan rakyat Negara yang memerentah dunia oleh kerana Negara itu telah menlabel stevia sebagai perasa makanan, perbuatan ini di cap oleh rakyatnya sebagai menyokong pengeluar gula. Negara negara kaya yang mempunyai pelaburan besar didalam indusri dan pemasaran gula yang sediada tidak akan menyokong manisan stevia, tentu anda tahu kenapa. Tambah tambah lagi pokok ini tidak berapa boleh hidup dinegara mereka. Negara yang tidak bergantung kepada pertanian dan hidup dengan perdagangan (seperti jiran kita) dan mereka ini adalah pedagang gula biasa yang besar,pun tidak akan menyokong manisan stevia. (English: Some countries do not support stevia because they have big investment in existing sugar industry. Non agriculture countries that survive totally on trade and commercial will also go against stevia as sugar is big business.)

Stevia mempunyai potensi besar Di Malaysia
Pokok ini mempunyai potensi besar di Malaysia dimasa akan datang .Oleh kerana pokok stevia baru diperkenalkan ke negara ini, boleh dikatakan pada keseluruhan permintaan manisan maseh lagi mengunakan gula tebu. Lambat laung kita juga akan mengikut langkah Jepun yang mana keperluan dan pasaran manisannya sebanyak 40%mengunakan stevia.

Di Jepun manisan stevia digunakan dengan secara meluas, malahan minuman Coca cola pun menguna manisan stevia. (English: In Japan sweetener stevia is used widely including Coca Cola drink )


(English: Stevia has big potential in Malaysia as most of the sweetener demand still using cane sugar. Sooner or later our country also will very likely follow the foot step of Japan, where 40% of sweetener demands are using stevia)


Manisan tanpa kalori/sweetener without calorie
Pokok renek ini sudah terkenal diluar Negara sebagai pokok gula dan digunakan sebagai pengganti gula tetapi tanpa kalori. Rasa gula stevia tidak secepat gula tebu tetapi rasa manis nya tahan lebih lama dari gula biasa dan sekiranya terlebih akan terasa pahit sedikit. (English:Stevia shrub widely grown for its sweet leaves minus the calorie. Compare to normal sugar it has slower on-set taste but last longer. At high concentration it can taste a bit bitter).


Bahan kimia(chemical content):-
Pakar kimia Perancis telah menemui bahawa bahan kimia glycosides (stevioside dan rebaudioside) membuat daun stevia menjadi manis. Bahan ini tahan panas, pH yang stabil dan tidak rosak.(English:French chemists had found glycosides( named stevioside and rebaudioside) that give stevia its sweet taste. These compounds were heat and pH stable, and non-fermendable.)


Stevia terkenal dan mendapat perhatian kerana(stevia has gain attention due to):-

Ekstrak Stevia adalah 250-300 kali lebih kuat dari gula .(Stevia extracts having up to 250-300 times the sweetness of sugar).
Daun stevia adalah 30 hingga 45 kali lebih manis dari gula biasa (The leaves of the stevia plant have 30–45 times the sweetness of ordinary table sugar).
Bertambahnya permintaan kepada makanan dan minuman rendah karbohidrat/gula(rise in demand for low carbohydrate/sugar food and drink).
Stevia untuk mengubati obesity dan darah tinggi (stevia in treating obesity and high blood pressure).
Manisan stevia tidak menaikan kadar gula dalam darah (Stevia has a negligible effect on blood glucose, even enhancing glucose tolerance, therefore, it is attractive as a natural sweetener to diabetics).
Kajian perubatan telah mendapati stevia boleh digunakan untuk rawatan hypertension (More recent medical research has shown promise in treating hypertension).
Teh untuk rawatan jantung (Medicinal teas for treating heartburn and other ailments).
Rawatan osterporosis (Possible treatment of osteoporosis )



Negara negara yang sudah mula mengunakan stevia (Countries using stevia)

Malaysia
Colombia
Peru
Paraguay
Uruguay
Israel
Negeri China (China)

Jepun (Japan)

Thailand,
Taiwan
Brazil
Amerika Syarikat (United State -As food additives and dietry supplement)
Peranchis (France-As food additives and dietry supplement)
Canada (As dietry supplement)
Australia(As food additives )
New Zealand (As food additives)


Malaysia pun telah mengikut jejak negara lain dan ladang ladang stevia telah mula diusahakan . DiJohor Baru , minuman ringan mengunakan manisan stevia atas jenama Stevia sweet telah pun masuk pasaran(English: In Malaysia, we are not far behind as some farmers had started to cultivate it. In Johor Baru a soft drink using stevia is already in the market under the brand name of stevia sweet)

Daun Stevia bolih dimakan terus atau dimasukan kedalam minuman teh atau makanan (English: The leaves can be eaten fresh, or put in teas and foods.)

Saya menanam beberapa pokok dibelakang rumah saya dan daun stevia yang saya keringkan boleh dimasukan terus kedalam minuman.(English : I had planted few stevia plant behind my house and used to add dried stevia leaves to my drink.)

Ada juga segolongan orang yang mempertikaikan dan kurang yakin dengan kemanisan stevia berbanding gula tebu. Saya syorkan kepada mereka supaya keringkan batang tebu, hancurkan dan masukan suku cawan kemudian masukan air panas, cuba rasa, manis atau tidak? Selepas itu cuba buat yang sama menggunakan daun stevia.(English: There are people who are not very sure about sweetness of stevia. Please dry a sugar cane, ground them and fill a quarter of your cup, fill it full with hot water and then taste it. Try the same with stevia)

Banyak juga blog blog yang memburukkan stevia, jangan lupa kaum asli Amerika Selatan telah mengunakan stevia sejak beribu tahun dan Jepun telah menguna stevia selama 25 tahun. Pengusaha gula semuanya kaya raya, berapa sangat kos hendak bayar kepada penulis blog. yang mengherankan saya tidak pernah disebut pasal 'side effect' gula tebu seperti sakit jantung, darah tinggi ,kencing manis, gemuk dan sebagainya.(English:There are blogs which discredit stevia, we do not know who are behind them, obviously those who has interest in existing sugar industry. The ironny is, they never mention about side effect of normal sugar such as heart disease, high blood pressure, diabetes, obesity etc. South Americans have been using stevia for thousands of years and Japan is using stevia for for the last 25 years with no complain)

BAGAIMANA HENDAK MENANAM POKOK STEVIA (HOW TO PLANT STEVIA)


MACAM MANA HENDAK TANAM STEVIA (HOW TO GROW STEVIA)

PEMBIAKAN STEVIA DENGAN BIJI BENIH DAN MENGUNAKAN KERATAN RANTING( PLANTING STEVIA BY SEEDS AND CUTTINGS)

Susah dapat biji benih (not easy to get seed)
Mesti dapat permit dari Jabatan Pertanian untuk impot dan kena kuarantin(must get permit from agriculture Department to import and subject to quarantine)
Susah untuk bercambah (not easy to germinate)
Biji benih menghasilkan ‘stevioside’ yang tidak seimbang (seeds does not guarantee the stevioside level)

PEMBIAKAN POKOK STEVIA DENGAN KERATAN DAHAN (VEGETATIVE PROPAGATION OF STEVIA)
Keratan boleh diambil dari pokok yang sihat dan yang mempunyai kandungan‘stevioside’ yang tinggi (cutting can be collected from plant with high level of stevioside).
Keratan boleh disemai mengunakan coco peat atau bahan semaian yang lain,( cutting can be propagated by using coco peat or other propagation medium).
Untuk pertubuhan yang baik siram juga dengan air yang mengandungi ‘chelated iron’. ( for good propagation growth, use also water with chelated iron for watering.)
Apabila keratan menunjukan ciri ciri untuk hidup , keratan perlu dibajakan dengan baja untuk tanaman mengunakan keratan ( once the cutting shows sign of growing apply fertilizer for vegetative propagation )

JARAK TANAMAN POKOK STEVIA (PLANTING DISTANCE FOR STEVIA PLANTS)

24 inci ( inches)(550mm)

JENIS TANAH UNTUK POKOK STEVIA ( TYPE OF SOIL TO PLANT STEVIA)
Tanah yang subur dan mengandungi banyak bahan organik (rich loamy soil with organic matter)
Sekiranya tanah berpasir, anda perlu tambah baja kompos aatau bahan organik (add compost to sandy soil)

PENGAIRAN POKOK STEVIA (WATERING AND IRRIGATION OF STEVIA PLANTS )

Elakkan terlalu banyak air(not too much water)
Elak air bertakung (Good drainage and avoid soggy or flooding)

PENGHADANG CAHAYA MATAHARI (SUNSHADE)
50% chahaya matahari(50% sunlight)

CARA LAIN UNTUK MENANAM STEVIA ( OTHER METHOD TO PLANT STEVIA)

Dalam pasu ( in pots)
Hidroponik (Hydroponic)
Fertigasi (fertigation)

PENGERINGAN DAUN STEVIA (DRYING STEVIA LEAVES)

Jangan jemur daun stevia lebih dari 12 jam dibawah cahaya matahari, ianya akan mengurangkan kandungan stevioside (do not dry stevia leaves more than 12 hours of direct sunlight, it will affect stevioside content)

CARA MENGUNAKAN DAUN STEVIA YANG KERING ( HOW TO USE DRIED STEVIA LEAVES)

Guna pengisar kopi (Use coffee grinder)
Atau guna ‘blender’ kering (Or use dry blender)
Masukan suku cawan daun yang telah di hancurkan untuk secawan penuh air (use quarter cup of ground dried stevia leaves for full cup of water)CARA MENANAM STEVIA MENGGUNAKAN KERATAN RANTING./ PLANTING STEVIA FROM CUTTING STEP BY STEP

LANGKAH 1- BASAHKAN HABUK SABUT KELAPA/
STEP NO. 1 -WETTING THE COCO PEAT

Habuk sabut kelapa (coco peat)/ Coco peat


Masukan habuk sabut kelapa kedalam baldi berisi air./ Place coco peat into pail fill halwayl with water.


Habuk sabut kelapa yang sudah betul betul basah./ Really wet coco peat.

LANGKAH NO. 2- MASUKAN HABUK KELAPA BASAH KEDALAM DULANG SEMAIAN.
STEP NO. 2- FILL PLANTING TRAY WITH WET COCO PEAT


Masukan habuk kelapa basah kedalam dulang tanaman. . Fill propagation tray with wet coco peat.

LANGKAH NO.3- CELUP KERATAN KEDALAM HORMON PENGGALAK AKAR.
STEPNO. 3- DIP CUTTING INTO ROOTING HORMONE.






LANGKAH NO.4-SEMAI KERATAN KEDALAM DULANG SEMAIAN.
STEPNO.4- PLANT CUTTING INTO PLANTING TRAY .
Keratan yang sudah disemai sedia untuk disiram dan di masukan kedalam tapak semaian.
/Propagation tray ready to be watered and transferred to nursery.

Tips Tanam & Jaga Bunga Kertas (Bougainvillea)

copy paste dr blog Jom Tanam Bunga...Kali ni Kak Yah nak berkongsi dengan korang cara menanam dan menjaga bunga kertas atau cakap omputehnya bougainvillea.

Pokok Bunga Kertas Pink/Purple


Mula-mula, tanah yang digunakan hendaklah dari jenis tanah campuran. Maknanya, campurkan tanah bakar dengan baja organik dan pasir sungai. Kenapa pasir sungai? Supaya tanah tu jadi poros; senang air mengalir melaluinya. Bunga kertas tak suka pada tanah yang menakung air.


Bunga Kertas Pink/Purple


Tapi ingat, sebelum tanah campuran itu diisi ke dalam pasu, letakkan serpihan pecahan pasu ataupun pecahan batu bata untuk menutup sebahagian daripada lubang pasu. Pastu barulah letak baja organik atau tahi ayam yang dah diproses setebal lebih kurang 2 inci. Akhir sekali masukkan tanah campuran.

Pastikan tanah di dalam pasu tu selalu digemburkan supaya udara di dalamnya dapat beredar dengan baik. Jangan lupa untuk menyiram pokok bunga ni tapi pastikan siraman itu hanya terkena pada tanahnya saja. Tak payah nak basahkan keseluruhan pokok.

Pokok Bunga Kertas Merah



Semasa pokok itu membesar, pangkaslah selalu daun-daun dan ranting-ranting yang mati supaya pucuk baru  dan bunga boleh keluar dan hidup subur.

Bajalah dua minggu sekali dengan baja organik dan sebulan sekali dengan baja kimia yang banyak mengandungi kalium. Sukatannya ialah kira-kira satu sudu besar.

Bunga Kertas Pink Orange

Akhir sekali, pastikan pasu bunga kertas ni berada di bawah cahaya matahari dan tidak terlindung atau lembap. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat.

Jika korang amalkan tip-tip ini, insyaallah pokok bunga kertas korang akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan bunga yang cantik.

Bunga Kertas Jenis Ni Bercampur-Campur Warnanya

Ahad, 16 September 2012

Menyesal Berkahwin Bila....

Menyesal Berkahwin Bila....

"Menyesal aku kahwin awal," luahan insan yang berkahwin awal.

"Lebih seronok rupanya hidup bujang sendiri," luahan insan yang telah puluhan ribu dihabiskan untuk majlis perkahwinan.

"Jadi andartu pun takpe, hati tak sakit," luahan insan yang berkahwin di usia lewat.

"Kalau aku tau, aku takkan pilih suami orang," luahan isteri kedua, ketiga.

"Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang lebih matang," luahan mereka yang kahwin dengan pasangan sebaya atau lebih muda.

"Sepatutnya aku kahwin dengan yang sebaya, yang lebih memahami," luahan yang punya pasangan jauh berbeza jarak usia.

"Betul cakap mak aku dulu, inilah akibat tak dapat restu mak ayah," luahan insan yang perkahwinan ditentang ibu bapa.

"Aku terburu-buru buat keputusan nak kahwin," padahal telah bercinta empat tahun.

Pada yang berhasrat atau telah bernikah, ini adalah peringatan penting:

Ujian, konflik, goncangan, dugaan, pergaduhan, berkelahi, merajuk, tersinggung, terguris, marah, sedih, kecewa, sakit hati, bosan, menyampah, serabut, darah menyirap...

Rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa nak kelar tangan sendiri, rasa nak baling pinggan ke dinding, rasa nak bunuh diri...

Salah satu atau semua ini adalah hampir pasti kalian akan lalui dalam pernikahan yang kalian dambakan..!

Tak kisah lah dengan siapa atau macam mana situasi nya - konflik, konflik dan konflik. Gaduh, gaduh dan gaduh - di dalam alam perkahwinan. Bezanya - konflik banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.

Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.

Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.

Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih......

#Semuanya adalah pasti akan berkonflik!

Dulu waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tidak mahu terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling. Peminat dah bising..

Tak bersedia untuk menghadapi siri-siri konflik dengan suami.

Tak bersedia menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama mertua ipar duai.

Tidak belajar proaktif membangun ekonomi rumahtangga.

Tidak belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Tak belajar betapa besarnya hak-hak pasangan.

Tak belajar habit-habit yang sihat dan penting dalam sebuah perkahwinan.

Tak sangka hubungan intim akan bermasalah.

Tak belajar psikologi dan perbezaan cara hidup dan cara fikir pasangan.

Tak menyiapkan bekal taqwa yang menjadi asas kebahagian hakiki hidup berpasangan.

Lalu... apakah kesannya pada cinta dan harapan yang ada tika 'aku terima nikahnya'?

Ya, bernikah adalah tempat menyalurkan keinginan nafsu dan perasaan yang fitrah. Boleh menjadi salah satu solusi mengelakkan perzinaan. Pernikahan boleh menjadi sumber hiburan dan ketenangan. Kehadiran teman hidup mampu meleraikan kesunyian dan kesepian.

Namun harus kita perhatikan juga perkara-perkara penting untuk keberlangsungan sebuah rumahtangga.Fahami dan bersungguh mempraktikkannya bila rumahtangga telah dibina.

Jika tidak matang dan tidak menyedari pentingnya ilmu tentang alam perkahwinan, perkahwinan kita mudah usai setelah beberapa siri hubungan seks.

Jua tanpa iman dan ketaqwaan, mudah saja perkahwinan terbubar kerana merasakan pernikahan sebenarnya tak memberi kegembiraan, namun menyerabutkan dan menyakitkan perasaan.

Pada yang sedang bersemangat untuk bernikah, mungkin apa yang dikongsikan di sini telah kalian faham dan berusaha hadam.. tapi percayalah jika kalian bernikah, setelah musim honeymoon berlalu - baru benar-benar tahu tinggi rendahnya teori dan realiti.

Malah jika tak bersedia ilmu, kematangan, kewangan, keindahan musim honeymoon yang diharapkan pun tak akan berlaku.

Pada yang merasa hampir putus asa untuk menikah, baguslah jika kalian terus tabah.

Hadapilah dengan bijak dan berlapis kesabaran dalam mendapatkan sokongan ibu ayah. Belajar menenangkan diri dan bersungguh mencari strategi dalam cabaran kewangan yang tak cukup untuk buat majlis kahwin, tak cukup duit untuk meyakinkan keluarga si perempuan.

Pada yang mudah menyerah kalah, dengan ranjau berliku proses untuk bernikah dan marah-marah tak dipermudahkan ibu ayah untuk bernikah... ayuh kita muhasabah.

Mungkin ada bagusnya kita tak dapat bernikah lagi, kerana selesai satu masalah hati, ada sembilan lagi cabaran alam pernikahan.. mampukah kita hadapi jika ujian sebelum nikah kita sebegitu lemah dan tak tentu arah?

Pada yang telah bernikah, teruslah mengenali dan mendekatkan diri pada ALLAH. Ini kunci pertama menyejukkan keadaan, membahagiakan perasaan.

Kedua, akhlak baik - lapang dada, memaafkan, memberi maaf, senyum, menahan kemarahan, menggembirakan, dan seribu satu lagi karakter mulia perlu dijadikan perhiasan diri. Seterusnya, tambahkan ilmu dan iman - moga mampu beramal untuk kebaikan, samaada di dalam atau di luar rumahtangga.

Sesungguh, cinta benci dalam alam pernikahan, jua duka lara, suka gembira... adalah rempah ratus kehidupan. Sama-samalah kita mengingatkan diri - bahawa akhirnya kita akan kembali kepada tuhan...

"الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ"
"(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
(Surah Al-Mulk ayat 2)

Penulis : Nurul Adni Adnan. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com/

Ini Janji Allah Buat Hamba2nya....

Assalamualaikum,
Kalau lah la ni kita dok berusaha memperbaiki diri...insyaAllah jodoh kita pun akan melakukan perkara yang sama jugak

Kalau lah la ni kita dok berusaha menjaga dan pelihara hati kita ...insyaAllah jodoh kita pun akan menjaga hati dan maruahnya jugak...



Kak Ros amat yakin Allah tu maha adil...setiap apa yang berlaku kat kita ni mesti ada sebab2nya hanya Allah saja yang mengetahuinya..apa pun yang penting pikir dan renung2lah diri kita sendiri supaya hidup kita ni sentiasa dirahmati Allah.....

Moral of the story - Allah S.W.T berfirman , “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

(an-Nur’:26)



Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .

Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?

Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .

Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?

Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .

Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?

Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .

Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !

Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .

Wanita 2: Me too sayang . . .

Lelaki: I bertuah kawen dengan U .

Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .

Lelaki: Apa dia sayang ?

Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?

Lelaki: What ! ! !

Sex Setiap Hari


Melakukan Sex Setiap Hari | Sex Everyday

Entri ni hanya untuk amalan orang yang dah kahwin jer. Lelaki perempuan boleh baca. Yang masih solo tu baca boleh amalkan jangan. Dosa aku tak tanggung. Huhu..



Setiap hari melakukan sex? Mampu ker? Maksudnya di sini ialah kerap, kalau setiap hari lagi baik untuk kesihatan.

Entri ni berkaitan tips kesihatan lol. Tahniah ! teruskan membaca.



5 Sebab Melakukan Sex Setiap Hari
Senaman Terbaik
Masa melakukan sex kadar perpeluhan akan meningkat. Maksudnya badan menjadi penat dan kalori dibakar.


Kalau anda melakukan sex sebanyak 3 kali seminggu selama 15 minit setiapnya (15 minit jerk ! keh keh keh) kalori yang akan dibakar ialah 7500 kalori dalam setahun. Ia bersamaan dengan melakukan jogging sejauh 120 km (sebab tu aku tak jogging, jauh gila). Maksudnya lagi lama lagi bagus.


Testosterone yang dihasilkan semasa aktiviti sexjuga boleh menguatkan otot dan tulang.




Melegakan Kesakitan
Semasa aktiviti sex badan akan menghasilkan endorphin iaitu hormone yang bertindak sebagai pelega kesakitan. Sebab tu lah masa dalam keadaan terangsang dan orgasm ‘kita’ tidak terasa sakit. Korang rasa apa ekk?


Di kalangan perempuan sex boleh meningkatkan kesuburan dan melengahkan menopos.




Perlindungan Prostat
Cecair yang anda pancutkan waktu melakukan sex adalah datangnya dari kelenjar prostate. Maka jika cecair tersebut tidak dikeluarkan maka kelenjar akan membengkak dan mendatangkan masalah.


So bagi menjaga prostate kamu sehingga tua, kerap-kerap lah ‘mencuci prostat’.




Mencegah Menjadi Lembik (Mati Pucuk)
Lima puluh peratus lelaki berumur lebih 40 tahun di dapati mengalami masalah tidak boleh menegang (aku tak termasuk kategori ni). Ubat paling mujarab adalah …melakukan sex.


Latihan ‘sukan’ yang kerap akan menjadikan anda semakin cekap dan perform.




Melegakan Stress
Fakta saintifik : Sex boleh mengurangkan kadar stress secara berkesan.


Sebab semasa aktiviti sex badan akan menghasilkan ‘happiness hormones’. Cheers !!




Nota : Itulah kebaikan melakukan sex secara kerap dan merupakan aktiviti senaman yang percuma. (Minimum bayar sekali dan maksimum bayar empat kali sekali masa).

Jumaat, 14 September 2012

Drama Adam & Hawa Episod 3 & 4


Drama Adam & Hawa Episod 2


Drama Adam dan Hawa [ep 1]



Akhirnya, drama Adam & Hawa yang diadaptasi dari Novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea akan menemui peminat pada 27 Ogos 2012 ini. Drama 80 episod ini akan ditayangkan di saluran Astro Mustika HD setiap hari Isnin – Khamis, jam 10.00 malam.

Drama ini dilakonkan oleh pelakon yang diminati ramai iaitu Aaron Aziz (Adam Mukhriz, Nadia Nissa (Ain Hawani), Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).





Sinopsis Drama Adam Dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.



Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

sumber : Nurizspace

Khamis, 13 September 2012

Hidup Mewangi


Tikaitu,cuti semester universiti bermula, sebelum semester akhir menjelma. Saya seperti biasa sudah semestinya pulang ke rumah. Pulang menjenguk ibu. Rasa belas saya buat ibu tak pernah surut.
Sudah lama saya tidak dibiaya sepenuhnya oleh ibu untuk belajar lantaran mendapat biasiswa daripada kerajaan sempena keputusan cemerlang SPM lima tahun lalu. Namun, kasih sayangnya masih laju berlarian dalam darah saya, tak pernah berhenti. Tapi, saya masih punya dua lagi adik untuk diberi makan dan minum.
Ibu sejak ayah tiada, terus faham akan dwitugasnya pada waktu itu, menjadi ibu dan bapa pada masa yang sama. Di bawah pohon ketapang di hadapan sekolah rendah berdekatan dengan rumah, ibu setiap pagi menjual nasi lemak dan tiga empat jenis cucur. Ibu kata, dalam hidup ni, kita tak boleh harapkan bantuan orang sahaja. Mesti ada usaha sendiri juga, biarlah sepahit mana pun. Sebab kita tak tahu masa hadapan kita.
Pagi itu pagi biasa. Ibu buka payung niaga, lalu kami berniaga bersama-sama. Saya hanya benarkan ibu membuka payung dan meja sahaja, tapi urusan niaga lain saya cuba ambil alih. Sejak pukul dua lagi, ibu mengejutkan saya. Paginya dimulakan dengan dua rakaat solat tahajjud dan sedikit iringan zikir di atas sejadah. Ibu kata, biar sedikit tapi istiqamah, itu lebih Nabi kita suka. Seterusnya, dia mula sibuk dengan adegan membuat nasi lemak dan kuih hingga subuh.
Kerusi biru itu saya biarkan ibu duduk, saya berdiri di belakang meja untuk melayan pelanggan. Ibu seperti biasa, hanya tersenyum. Kadangkala bersembang juga dengan pelanggan-pelanggan tetapnya. Sudah lama dia buat kerja ini, tak pernah pula kami dengar rungutannya. Ibu memang cool lah!
Nasi lemak tinggal tiga bugkus, cucur pun dah tak banyak. Alhamdulillah, hari ni nampak gayanya boleh balik awal sikit ke rumah. Begitulah resam sang peniaga, untung belum tentu. Ada rezeki, insya-Allah banyaklah untung.
Belum sempat sembang sepatah dua bersama ibu, datang sebuah motor Kapcai EX5 depan gerai kami. Seorang pemuda yang simple orangnya, berbaju t-shirt polo, berkain pelikat. Dia bukan sahaja borong semuanya, dia juga tika itu telah memborong jiwa raga saya tanpa saya sedari.

Hari ini. Saya masih menggabus mata. Benarkah semua ini? Sudah hampir sebulan saya menjadi isteri orang. Di hujung usia pengajian, saya bina masjid dihujungnya.
Paling hebat, rupanya saya sudah berkahwin dengan seorang jutawan soleh. Hingga jadi isterinya, baru tahu dia seorang jutawan. Warak betul.
Pernah satu ketika, saya tanya kepadanya.
" Abang tak menyesal ke kahwin dengan saya yang miskin?"
Dia pantas tersenyum, dengan janggut sejemput cute.
" Insya-Allah, abang tak pernah menyesal. Sebab doa abang untuk jodoh abang ialah moga Allah kurniakan abang seorang isteri yang cintakan Allah dan Rasulullah melebihi diri abang. Itu sahaja. Dan hari ini abang yakin, awaklah pilihan istimewa Allah buat abang."
Ayat dia mudah, tapi menyusuk kalbu saya. Semenjak itu, hati saya jadi lebih berbunga-bunga untuk mencintai Allah Subhanallah Ta'ala dan Rasulullahi sallalahu 'alaihi wa sallam.
Berbunga dan terus berbunga. Mekar mewangi sepanjang hidup, insya-Allah.

Selasa, 11 September 2012

PATI DELIMA GULSAN



Khasiat buah delima
• Melawan penyakit gout
• Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
• Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
• Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya


• Menormalkan fungsi hati
• Menstabilkan peredaran darah
• Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
• Mencuci darah kotor
• Antioksida yang tinggi
• Menstabilkan paras kolesterol
• Mencegah penyakit jantung
• Mencegah penyakit barah
• Membaikpulih fungsi hati dan limpa
• Mencuci buah pinggang dan salur kencing
• Membantu penghadaman
• Membuang lemak-lemak berlebihan
• Menambah tenaga
• Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
• Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
• Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
• Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
• Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
• Mencantikan kulit
Mulakan dengan bismillah dan selawat keatas Nabi serta berdoa semoga disembuhkan penyakit.

CARA PENGAMBILAN :
1 -2 sudu besar sehari - dewasa
1/2 sudu besar sehari - kanak-kanak

boleh dibancuh dengan air dijadikan jus minuman..

DOA TAUBAT


Ahad, 9 September 2012

Surah_bacaan_ketika_mengandung..:)


Mengapa Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk?

 Wanita tidak dicipta dari kepala laki-laki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kodrat laki-laki. Wanita tidak dicipta dari kaki, supaya wanita tidak dihinakan oleh laki-laki atau diinjak laki-laki, karena dia adalah bagian dari tubuhnya. Wanita tidak diciptakan dari tanah, karena wanita memang kodratnya tidak sama dengan laki-laki. Wanita dicipta dari tulang rusuk laki-laki, karena memang untuk dijadikan pasangan laki-laki, menjadi pendamping laki-laki, menjadi kesenangan laki-laki, memperkuat dada laki-laki dan sekaligus menjadi penyeimbang hidup laki-laki.
Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Karena itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang iga adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang iga adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa wanita yang sudah menjadi istri, dia mempunyai 2 tugas, yaitu:
1. Membuat suami kuat dadanya.
Dada adalah lambang keberanian dan keperkasaan. Karenanya, orang yang berani akan menantang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat berkecamuknya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan jengkel. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar bisa menjadi arena untuk menyelesaikan pertengkaran segala macam rasa. Orang yang dadanya sempit akan sulit menyelesaikan masalah. Orang yang da-danya sempit mudah berputus asa, tidak punya optimisme, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha: 25-28)
Seorang istri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bisa bertambah dan berkembang menjadi berlipat-lipat. Seorang istri tidak hanya sekedar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi bagian dari kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.
Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.
2. Menjaga hati suami.
Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Istri seharusnya makin mempertebal keimanan sua-mi. Istri seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Istri seharusnya menyenangkan hati suami. Istri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Karenanya orang yang sudah punya istri seharusnya hidupnya bahagia dan imannya semakin mantap.